06:31 0

Isu Cadangan Jangan Balik Kampung: Dia Pula Maafkan Semua Orang?

Isu Cadangan Jangan Balik Kampung: Dia Pula Maafkan Semua Orang? 


Pelik bin ajaib perangai orang zaman sekarang. Apabila memberi cadangan yang langsung tak bernas, dia pula meminta maaf.

Ungkapan minta maaf langsung tiada terucap dari mulutnya malah mengatakan orang lain pula yang salah

Tapi kenapa dia maafkan semua orang? Sebenarnya Syed Abdul Aziz dicaci dan dimaki gara-gara kenyataannya berkenaan isu balik kampung kerana masalah ekonomi negara Malaysia yang semakin meruncing.

Syed Abdul Aziz juga dijadikan bahan jenaka orang ramai namun dia tidak mudah melatah malah memaafkan semua pihak di atas salah faham yang berlaku itu.

Ini komennya:

"Tengok komen saya terkejut... tapi saya maafkan semua sumpah seranah... itu tiada masalah, sebab orang tidak tahu... saya terbuka dan betul-betul terbuka.

"Cuma saya harap di bulan puasa ini kita sama-sama menjaga adab dan tertib, selain menahan lapar dan dahaga kita juga perlu mengawal nafsu amarah, serakah, nafsu prasangka dan nafsu sumpah seranah,"

"Sebagai seorang Islam wajib untuk kita menjaga hubungan silatulrahim, tambahan pula di hari raya, kerana pada ketika itulah tautan silaturahim kembali terjalin, terutama hubungan anak dan ibu-bapa.

"Hubungan kekeluargaan itu kan penting, saya rasa netizen tidak tengok video penuh itu saya rasa, mereka hanya melihat kenyataan yang dipotong separuh (daripada aspek ayat itu sahaja), yang kedua mereka kata saya menteri, orang kuat Umnolah... tiada kena mengena langsung.

"Saya bercakap di platform yang bebas iaitu daripada aspek pengurusan kewangan secara mikro bukan makro... makro itu secara besar di atas.. kerajaan punya tindakan, yang saya cakap itu adalah mikro pengurusan kewangan peribadi itu sahaja saya rasa," 

0 comments:

Post a Comment