Fathia Berani Berlakon Babak Bogel
Fathia tampil sebagai pelacur dalam filem baru dan berani berbogel dalam filem berjudul Darah Panas itu. Ini pasti akan mencetuskan kontroversi.
Pengarahnya, Arjin Uppal akui ada adegan panas membabitkan Fathia dalam filem itu namun babak bogel dilakonkan Fathia hanyalah ‘camera trick’ dan pelakon itu sebenarnya mengenakan pakaian berona ‘nude’.
Babak Panas Fathia
“Ada ketika saya terpaksa menghalau kru produksi untuk memberikan keselesaan Fathia melakonkan adegan panas yang diperlukan. Hanya tinggal saya, Fathia dan pengarah fotografi saja.
“Saya rasa adegan yang dilakukan tidaklah keterlaluan. Filem ini menceritakan seorang gadis kampung yang lari dari rumah mengejar cita-cita sebagai model, bagaimanapun terperangkap di lembah pelacuran.
“Dalam proses Fathia dijual itulah saya harus memaparkan realiti yang berlaku. Ada adegan Fathia ditarik baju dan tudung hingga menampakkan seolah-olah tiada seurat benang, namun ia hanya `camera trick’ saja. Fathia masih memakai baju.
“Fathia adalah tulang belakang cerita ini. Dan Fathia faham kenapa beberapa adegan panas yang harus dilakukan.
“Sebagai pengarah, saya tahu beberapa adegan begitu sensitif untuk penonton, jadi saya tidaklah memintanya secara keterlaluan daripada pelakon.
“Fathia, seorang pelakon yang memahami kehendak pengarah. Kami bekerja bagaikan satu keluarga,” katanya.
18 Tahun Keatas Sahaja
Arjin berkata, dia tidak kisah apabila filem Darah Panas diletakkan dalam klasifikasi 18PL kerana filem bergenre aksi romantik ini sarat dengan pergolakan hidup anak kota, selain isu yang diketengahkan berlaku tanpa disedari.
Ini komennya:
“Filem ini dilihat ada sedikit unsur keganasan dan seksual, jadi lebih sesuai diletakkan dalam klasifikasi 18PL. Kami kena melakukan sedikit pemotongan sekiranya mahu klasifikasi 13PL.
“Bagaimanapun, jika pemotongan dilakukan, impaknya mungkin berkurangan, jadi saya terima saja klasifikasi 18PL,”
0 comments:
Post a Comment