[PANAS] Ogy Ahmad Daud Balas Komen Abam
Baru-baru ini kecoh apabila timbul isu Abam melahirkan rasa tidak puashati yang dikatakan berpunca apabila Ogy Ahmad Daud mengkritiknya kerana rancangan lawak Bintang Bersama Bintang.
Episod Pertama:
Ini komen Ogy Ahmad Daud di Bintang Bersama Bintang TV3:
Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam.
Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana? Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undian lah..kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih.
Episod Kedua:
Ini pula komen Abam Bocey yang dikatakan seperti tidak berpuashati dengan komen Ogy Ahmad Daud tersebut.
Episod Ketiga:
Ini pula komen terbaru berbalas dari Ogy Ahmad Daud kepada Abam:
Selama ini saya merasa hairan dan pelik kenapa adik dan orang2 tidak memahami kenapa saya kritik kaw2. Kalau adik seorang ibu pasti adik nak beri kan pendidikan yang kaw2 kpd anak2 bukan?
Kalau adik seorang pekerja pasti adik nak kaw2 buat kerja dan menjadi pekerja yang terbaik sebab kerja adalah satu ibadah dan menjadi seorang ibu yang terbaik kerana anak2 adalah amanah. Utk menjadi yang terbaik pasti kita akan melakukan kesilapan dan akan ditegur tapi jika kita masih ingin menjadi yang terbaik kita akan mengambil teguran itu dari sudut yang positive kerana kita nak berjaya dan menjadi yang terbaik.
Dalam Islam sendiri tidak pernah menghalang kita berjaya dan menjadi yang terbaik. Kalau tidak tak adalah " Marilah Menuju Kejayaan" yang dilaungkan didalam Azan. Ini yang membuat saya pelik dan tertanya kenapa Melayu Islam tak bole di kritik kaw2 utk menjadi yang terbaik sedangkan setiap hari kita mendengar laungan Azan sebanyak 5 kali. Adakah ini bermakna Melayu Islam hanya mendengar tapi tak memahami setiap ayat2 yang dilaungkan didalam Azan itu?
Apapun masing-masing ada pendapat tersendiri kan.
~ Lihat Juga Jihan Raja Lawak Pedajal Abam Bocey, Sebar Gambar SEKSI (LIHAT SINI)
0 comments:
Post a Comment