05:29 1

Video Mahasiswi Malang Di Indonesia


Video Mahasiswi Malang Di Indonesia


Memang malang buat seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Indonesia. Beliau telah mendapat dugaan yang besar.

Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran kampus Jatinangor, Bandung dipercayai diculik dan diperk0s4 sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, awal pagi Sabtu lalu.

Polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan 4 orang suspek yang kini sedang diburu.

Siasatan awal mengatakan mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta. Polis setakat ini masih menunggu laporan pemeriksaan doktor di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Ini pengajaran dan peringatan buat semua. Jangan keluar sendirian dan malang itu tak berbau.


Video CCTV di bawah:

1 comments:

  1. Semoga Allah s.w.t mempercepat membalas dgn balasan yg setimpal kepada Si pelaku.

    ReplyDelete