07:34 1

Wanita Autralia dakwa Co- Pilot MH370 ajak masuk kokpit.

Wanita Australia mendakwa di ajak dalam kokpit oleh Co- Pilot MH370.

Masyarakat Malaysia serta dunia kini resah dan bersedih atas kehilangan pesawat salah sebuah syarikat penerbangan iaitu MH370 yang sehingga kini tidak dapat dikesan kemana perginya pesawat terbabit. Sejak kehilangan MH370 pada sabtu 8 Mac 2014 sehingga kini tiada sebarang tanda penemuan baru tentang MH370.

Pelbagai negara seperti Vietnam, Indonesia, China, Australia, New Zealand, Thailand, Singapura, Filipina, Brazil dan juga Amerika Syarikat turut membantu dari pelbagai aspek untuk misi mencari MH370.

Menerusi A Current Affairs (ACA), seorang wanita Australia bernama Jonti Roos, tinggal di Melbourne,telah mendakwa bahawa Co- Pilot MH370 iaitu Fariq Abdul Hamid telah mengajak dia dan rakannya masuk ke kokpit pesawat semasa dalam penerbangan dan dibuktikan dengan beberapa keping gambar dia dan temannya di dalam kokpit.

Dia juga mendakwa bahawa Pilot dan Co - Pilot tersebut juga menghisap rokok ketika berada didalam kokpit ketika pesawat dalam penerbangan malah turut mendakwa Fariq Abdul Hamid juga ada mengajak mereka stay di KL beberapa hari.

Adakah dakwaan wanita Australia ini benar? Sama-sama saksikan video dibawah ini. sumber: ACA 

p/s : mudah-mudahan dakwaan ini tidak benar sama sekali. Marilah berdoa agar Allah menemukan kita semua dengan pesawat MH370 dengan secepat mungkin.  Perempuan ni nak perhatian ke ape??



Video di bawah:

)

1 comments: